Jawatan Kosong Terkini PTPTN - DETIK INFO

Breaking


Wednesday, 27 April 2022

Jawatan Kosong Terkini PTPTN


 



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN EKSEKUTIF PEMASARAN LANTIKAN KONTRAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan serta berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) JOHOR

Akan ditempatkan di Pejabat Cawangan UTC, Johor

GAJI DITAWARKAN : RM1,600.00

 SEBULANINSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

SYARAT LANTIKAN :Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;

(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM

(d) Keutamaan diberi kepada calon :

 Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran; 

Perwatakan menarik; 

Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;

 Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;

 Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;

 Berkebolehan menganalisa dengan baik;

 Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta); 

Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; 

dan Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)13. PENAKLUKAN DI BAWAH DASAR DAN PERATURAN EKSEKUTIF PEMASARAN

Calon yang dilantik adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan Eksekutif Pemasaran yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

4. CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Ahad, 8 Mei 2022 di laman web PTPTN :

  https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong

https://invol.co/claks14

ii. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat emel masih aktif dan boleh digunakan.

5. PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau

ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.

6. CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah di atas tanggungjawab sendiri.

iii. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temu duga akan dihubungi.Sila pastikan nombor telefon dan emel masih aktif serta boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment