Skim mySalam: Permohonan Bantuan Kewangan RM700 Bagi Golongan B40 - DETIK INFO

Breaking


Tuesday, 1 June 2021

Skim mySalam: Permohonan Bantuan Kewangan RM700 Bagi Golongan B40




MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Boleh layari Portal Rasmi untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Penerima MySalam

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun.
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM 24,000 setahun

PERMOHONAN SKIM MYSALAM

TUNTUTAN MELALUI ONLINE

  1. log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Kalau belum daftar my salam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  3. Kalau suda daftar dia minta pengesahan no telefon.Jikalau no telefon sudah tidak boleh digunakan , sila kol talian bantuan. Dorg akan bantu reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD BARU
  4. KEMASKINI PROFILE.
  5. KEMASKINI PROFILE .lepas itu klik TUNTUTAN➡️PENYERAHAN TUNTUTAN➡️TUNTUTAN HOSPITALISASI➡️MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN➡️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL)➡️ MUAT NAIK COPY IC➡️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)
  6. HANTAR
  7. Selepas hantar, sila tunggu keputusan


cara permohonan mysalam


ATAU

Boleh pergi ke kiosk MYSalam

  1. Bawa copy Ic dan borang Annex 14&17.
  2. Serahkan saja document dikiosk sana, nanti mereka akan bantu key in kan.
  3. Untuk di tempat-tempat lain, boleh hubungi no tel mySalam seperti di bawah

Maklumat Lanjut

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

2 comments:

  1. Sya khairul abidin,b40 asnaf..gaji 1000,tanggungan 5 org.kini sy tidak bekerja memandang kan sakit di sebab kan angin oasang hampir 2bulan..boleh kah sya memohon bantuan2 yg di beri kan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Saya berumur 68 tahun baru membuat pembedahan jantung dan tak boleh bekerja.menanggung saraan seorang isteri dan tiga orang anak, adakah apa apa bantuan yang boleh saya mohon. Terima kasih.

    ReplyDelete