Semakan Keputusan Rayuan BPR Bermula 18 September 2021 - DETIK INFO

Breaking


Friday 17 September 2021

Semakan Keputusan Rayuan BPR Bermula 18 September 2021


 

Untuk makluman,mereka yang dalam tempoh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak perlu bimbang kerana akan menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC), selepas keputusan rayuan diketahui hujung bulan ini.

Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kaedah silang data akan digunakan untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.

TARIKH SEMAKAN RAYUAN BPR

Semakan rayuan BPR bagi individu yang buat permohonan rayuan sebelum ini boleh dibuat pada:

  • Tarikh semakan rayuan: 18 September 2021

SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR boleh dibuat melalui laman berikut:

TARIKH BAYARAN PENERIMA LULUS RAYUAN

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada Penghujung September 2021

No comments:

Post a Comment