GKP 4.0 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 RM500 - DETIK INFO

Breaking


Sunday 19 September 2021

GKP 4.0 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 RM500

  


 

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Tarikh Bayaran GKP 4.0 (RM1000)

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

Tarikh rasmi bayaran GKP 4.0 adalah pada 21 September 2021


gkp 4.0


Semakan GKP 4.0

Justeru semakan GKP boleh dilakukan dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/


Jelas perdana menteri Ismail Sabri , bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.


Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

No comments:

Post a Comment