PEMULIH : KWSP Perkenal Kemudahan Pengeluaran Baharu Iaitu i-Citra - DETIK INFO

Breaking


Monday 28 June 2021

PEMULIH : KWSP Perkenal Kemudahan Pengeluaran Baharu Iaitu i-Citra

 


 

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap seribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

"Perlaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

"Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021," katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi


SUMBER

No comments:

Post a Comment