PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 (BKC) - DETIK INFO

Breaking


Monday, 28 June 2021

PEMULIH: Bantuan Kewangan Khas COVID19 (BKC)


 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

PM Muhyiddin pada satu sidang media berkata pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan yang diumumkan oleh Perdana menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.

Bagi membantu kelangsungan hidup, 3 jenis bantuan tunai akan diberikan kepada rakyat iaitu


i) Bantuan Tunai BKC (Bantuan Khas COVID-19)

Miskin Tegar

  • RM1,300 (Isi Rumah)
  • RM500 (Bujang)
  • isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November

B40

  • RM800 (Isi Rumah)
  • RM200(Bujang)
  • isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos

M40

  • RM250 (Isi Rumah)
  • RM100 (Bujang)
  • isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

ii) Bantuan Hilang Pekerjaan RM500


Bantuan Hilang Pekerjaan bernilai RM500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

iii) Bayaran BPR

BPR Tambahan dibayar mulai esok, 29 Jun 2021 manakala BPR Fasa Ketiga akan dibayar September 2021.


No comments:

Post a Comment