i-Citra : Cara Permohonan Pengeluaran RM5,000 - DETIK INFO

Breaking


Tuesday 29 June 2021

i-Citra : Cara Permohonan Pengeluaran RM5,000

 



APAKAH I-CITRA KWSP?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

SYARAT KELAYAKAN

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Berikut syarat terperinci:

-Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
-Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
-Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
-Bayaran minimum adalah RM50
-Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra

https://invol.co/cl4q7t2


No comments:

Post a Comment