Jika anda usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang belum pernah membuat permohonan Geran Khas Prihatin(GKP) sebelum ini, anda boleh membuat permohonan GKP 4.0 yang baharu sahaja diumumkan melalui Pakej PEMULIH.
Berdasarkan makluman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,menerusi PEMULIH, usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1000 menerusi GKP 4.0.
Pelaksanaan GKP 4.0 bakal memanfaatkan 1 juta usahawan PKS mikro di seluruh negara yang layak seperti pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain lagi.
Tarikh Permohonan GKP 4.0
Pendaftaran dan permohonan GKP 4.0 ini akan mula dibuka pada 15 Julai 2021.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran GKP 4.0 yang akan diterima oleh usahawan PKS mikro yang layak adalah RM1,000.
Bagi usahawan yang layak, bayaran tersebut akan dibayar dalam 2 kali bayaran iaitu:
- RM 500 – Dibayar pada September 2021
- RM 500 – Dibayar pada November 2021
No comments:
Post a Comment