i-Sinar : Cara Menukar Amaun Pengeluran i-Sinar Bermula 08 Mac 2021 (Pindaan Pengeluaran) - DETIK INFO

Breaking


Monday, 8 March 2021

i-Sinar : Cara Menukar Amaun Pengeluran i-Sinar Bermula 08 Mac 2021 (Pindaan Pengeluaran)

 


KRITERIA BAHARU PENGELUARAN I-SINAR

Bermula 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

PERMOHONAN BAHARU 


Bermula 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

PERMOHONAN BAHARU  I-SINAR KWSP

Untuk permohonan baharu i-Sinar boleh dibuat mulai 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request.

Sebelum permohonan anda perlu menyemak baki simpanan akaun 1 KWSP secara online melalui portal I-Akaun atau cawangan/ kiosk KWSP berdekatan.

CARA MENUKAR AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

1. Sila layari ke portal i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/ dan pilih ‘PINDAAN PENGELUARAN’.

2. Isikan No. IC dan nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian, klik teruskan.

3. Untuk meminda alamat tekan ✅ pada Alamat Surat-Menyurat.


4. Untuk meminda amaun tekan ✅ pada Amaun Dipohon.

5. Tetapkan amaun pilihan baharu.

6. Untuk meminda maklumat bayaran tekan ✅ pada Maklumat Bayaran.

7. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank yang baharu.

8. Tekan ‘TERUSKAN’ untuk meneruskan proses permohonan anda.


Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau layari ke portal https://isinar.kwsp.gov.my/FAQ.

No comments:

Post a Comment