Rayuan GKP 2.0 : Bayaran Dibuat Pada 05 Februari ini - DETIK INFO

Breaking


Wednesday 3 February 2021

Rayuan GKP 2.0 : Bayaran Dibuat Pada 05 Februari ini




 


Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan dibuat pada 5 Februari 2021.

Menurutnya, di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang juga bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro diluluskan menerima untuk rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.


Syarat Kelayakan GKP

Mereka yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :-
  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:-
    1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    2. Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status GKP


Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat,

No comments:

Post a Comment