Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Jawatan kosong terkini dibuka kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat. Berikut adalah senarai kekosongan jawatan yang ditawarkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Sebelum anda memohon jawatan ini, sila baca dengan teliti syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak majikan. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa anda memenuhi kriteria yang diperlukan.
JAWATAN KOSONG TERKINI Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Tarikh Tutup Permohonan: 07 Februari 2025
Berikut adalah senarai jawatan kosong terkini yang telah disiarkan untuk permohonan:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Jika anda mempunyai kelayakan akademik seperti Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau kelayakan profesional yang diiktiraf, anda boleh memohon jawatan kosong ini. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan yang betul dan lengkap.
SYARAT PELANTIKAN
- Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG9 secara lantikan Kontrak (Interim):
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan;
- Memiliki kelayakan seperti berikut:
- ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Bagi opsyen Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada graduan yang mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Calon-calon bagi opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mencapai sekurang-kurangnya C1 dalam piawaian CEFR akan dilantik secara Contract of Service (COS). Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1;
- Bagi opsyen mata pelajaran di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;
- Bagi opsyen mata pelajaran di SJKT (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris), graduan perlu memiliki sekurang-kurangnya Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di peringkat SPM;
- Bagi opsyen Tahfiz, graduan disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Bagi graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan daripada syarat tersebut; dan
- Bagi opsyen mata pelajaran Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban, graduan perlu memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai/ Kadazandusun/ Iban. Graduan yang tidak memiliki kelulusan tersebut, tetapi merupakan penutur asli (native speaker) atau yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut juga layak untuk dipertimbangkan.
Baca Juga:
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG TERKINI 2025
Untuk memohon jawatan yang ditawarkan, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Pastikan anda memenuhi semua kriteria kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut.
2. Baca iklan penuh jawatan dengan teliti dan perhatikan semua maklumat penting yang berkaitan dengan jawatan tersebut.
3. Klik pada pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” untuk membuka borang permohonan dalam format PDF.
4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul, dan lampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
5. Hantar borang permohonan anda melalui emel atau pos sebelum tarikh tutup permohonan.
Untuk melakukan permohonan, sila rujuk di sini IKLAN PENUH JAWATAN
detikinfomy adalah sebuah platform alternatif untuk para pencari kerja masa kini. Kongsikan laman web ini kepada keluarga dan rakan agar semua dapat mencari peluang pekerjaan yang diimpikan di sini
No comments:
Post a Comment