Resepi Mee Goreng Surat Khabar era 90-an - DETIK INFO

Breaking


Sunday, 12 November 2023

Resepi Mee Goreng Surat Khabar era 90-an


 

Mee goreng berbungkus surat khabar merupakan trend popular sewaktu era 90-an dan sebelumnya. Kini, stail ini masih lagi dibuat tetapi sudah jarang dijumpai dan memang susah nak rasa kesedapan me goreng yang sebegini.

Resipi Mee Goreng Basah

  • Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
  • Isi ayam
  • Air rebusan ayam
  • Telur
  • Sawi
  • Tauge
  • Bawang putih
  • Bawang merah (tumbuk halus).
  • Cili kisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Tauhu goreng yang dihiris
  • Kicap lemak manis

Cara memasak:

mee goreng

  1. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan 2 biji telur, hancurkan kasar dan ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak pada kuali dan tumiskan bawang. Biar agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis sampai cili masak.
  4. Dah okay masukan isi ayam dan kacau rata. Biar seketika dan masukkan sos tiram, sos cili dikacau rata.
  5. Terus masukkan air rebusan ayam biar mereneh seketika. Kepekatan kuah ikut sukatan memasing. 
  6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih dan masukkan tauhu dan telur.
  7. Akhir sekali, masukkan mee dan kacau rata. Bubuh sawi dan tauge kacau rata. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.

No comments:

Post a Comment