Pembayaran STR Fasa 4 Akan Disalurkan Secara Berperingkat Mulai 07 November 2023 - DETIK INFO

Breaking


Thursday 2 November 2023

Pembayaran STR Fasa 4 Akan Disalurkan Secara Berperingkat Mulai 07 November 2023


 


TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat bermula pada 7 NOVEMBER 2023.

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

STR Fasa 4 Akan

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN STR FASA 4

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR  ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

No comments:

Post a Comment