Semakan Status Bantuan BKC
1. Pergi ke laman web BIC https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
2. Isi no kad pengenalan
3. Sahkan ‘captcha’
4. Paparan semakan status akan ditunjukkan
Pejabat Perdana Menteri melalui sebuah kenyataan rasmi.
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Jumlah Bayaran Yang Bakal Diterima Mengikut Kategori
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Miskin Tegar
- RM1,300 (Isi Rumah)
- RM500 (Bujang)
B40
- RM800 (Isi Rumah)
- RM200(Bujang)
M40
- RM250 (Isi Rumah)
- RM100 (Bujang)
Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC)
Bayaran Fasa Pertama bermula 6 September 2021
Kedah Pembayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Cara Permohonan BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:
- Kategori Miskin Tegar – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Rekod Percukaian (LHDNM)
Tidak berpuas hati dengan pembayran BKC,BPR...Tidak dapat kerana penerima GKP...Masih perdana menteri dahulu iaitu PM Najib semua dapat bantuan...Bertimbang rasa la sikit untuk golongan ibu tunggal..Nak kena sara anak2 lg...Berniaga kadang on off xmenentu..Harap pertimbangkan la dan bertolak ansur dengan golongan ibu tunggal
ReplyDelete.
Ya Allah. Betul sangat pandangan mu. GKP adalah menolong usahawan dalam perkembangan perniagaannya supaya dapat jana semula Ekonomi Negara. Manakala bantuan BPR dan BKC adalah pelindungan untuk rakyat sekeluarga. Bagi keadaan saya, banyak terima kasih dengan bantuan GKP atas perniagaan saya. Tapi masalah pembelanjaran keluarga pula tak dapat selesaikan. Nasib baik keluaran KWSP persendirian dapat tolong sedikit dalam keluarga saya.
ReplyDelete