Untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu bentuk inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19 untuk mendapatkan tempat tinggal.
Bagi mereka yang terkesan akibat pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh cuba untuk memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.
Syarat Permohonan
Syarat-syarat bagi permohonan inisiatif kediaman ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
- Tidak memiliki rumah, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000 sebulan.

Lokasi Rumah
Buat permulaan ini, lokasi rumah sewa di bawah inisiatif ini adalah di sekitar
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Kedah
- Kelantan
- Johor
Namun dalam masa terdekat, inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh negara.
Untuk melihat senarai rumah yang terlibat, sila rujuk di pautan berikut:
Cara Permohonan Rumah IKRAM KPKT
Permohonan mendapatkan RUMAH IKRAM ini boleh dibuat di portal TEDUH melalui pautan di bawah
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact
No comments:
Post a Comment