GKP 4.0 : Semakan Tarikh Bayaran RM1,000 PKS - DETIK INFO

Breaking


Friday, 3 September 2021

GKP 4.0 : Semakan Tarikh Bayaran RM1,000 PKS


 

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Tarikh Bayaran GKP 4.0 (RM1000)

Bayaran ini dibuat secara ansuran sebanyak dua kali pada bulan September (RM500) dan November (RM500).

https://invol.co/cl5xven


gkp 4.0

Permohonan Baharu

Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran telah pun dibuka bermula Julai lalu.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan

Permohonan perlu dilakukan secara online di laman web GKP di pautan berikut:

https://gkp.hasil.gov.my


https://invol.co/cl5xven


Sila lengkapkan borang permohonan dan sertakan dokumen sokongan jika perlu.

Pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu

Kerajaan berharap dengan bayaran GKP 4.0 ini, kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro khususnya pengusaha kedai gunting rambut, pemilik workshop, kedai roti dan kek, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat mengurangkan tanggungan bulanan dan membantu aliran tunai mereka

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

No comments:

Post a Comment