Program Prihatin Kasih: Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan - DETIK INFO

Breaking


Monday, 5 July 2021

Program Prihatin Kasih: Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

 



Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀

Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.⠀

Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀

Kadar Bantuan Yang Disalurkan


Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.

Cara Penggunaan Sistem Tanpa Tunai MyKasih

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka.

Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya.

Syarat Kelayakan PRIHATIN Kasih


Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima PRIHATIN Kasih.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan Kelayakan

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Cara semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/ atau terus ke pautan https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
  2. Isikan nombor kad pengenalan anda.
  3. Masukkan kod Capctha yang dipaparkan.
  4. Status anda akan dimaklumkan.
  5. Jika anda tersenarai, anda akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/

No comments:

Post a Comment