Bantuan RM600 Untuk Setiap Pekerja Selama 4 Bulan - DETIK INFO

Breaking


Saturday 3 July 2021

Bantuan RM600 Untuk Setiap Pekerja Selama 4 Bulan



 PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan telah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja.


Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja

Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0.

Kerajaan menampung kos itu selama dua bulan bagi semua sektor dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh Fasa 3 PPN


CARA MEMOHON


Untuk pengetahuan anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah berikut: 
  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online - klik DI SINI
  2. Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan. 
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan

Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000, namun begitu di bawah PSU 4.0 ini, tiada lagi syarat had gaji ditetapkan.

Oleh yang demikian, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerjanya yang bergaji lebih RM4,000.

2 comments:

  1. Klu majikan Ada pekerja melebihi 500org adakah yg lain juga berhak mendapat 600rm

    ReplyDelete