Bantuan NADMA RM100 Sehari : Permohonan & Semakan Kelayakan - DETIK INFO

Breaking


Saturday 3 July 2021

Bantuan NADMA RM100 Sehari : Permohonan & Semakan Kelayakan

 


Bantuan Nadma merupakan inisiatif bantuan daripada Kerajaan Malaysia Dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemic covid-19 ini.

Kadar Bantuan Nadma

Mereka yang layak akan menerima RM100 sehari sehingga 14 hari (maksimum).

Bantuan ini adalah secara one-off dan akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh jangkitan Cov19.

Jika kes yang berulang kali, anda tidak akan diberikan bantuan lagi

Syarat Kelayakan

  • Rakyat Malaysia yang telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji kerana terpaksa berkuarantin atas arahan KKM.
  • Rakyat Malaysia yang bekerja tapi telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital (warded) disebabkan Covid-19.

Cara Permohonan
 

1. Jika anda menepati syarat kelayakan, sila muat turun dokumen berikut :

2. Permohonan yang lengkap perlu hantar melalui pos ke :

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

3. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Borang-borang lampiran A & B,  Borang C (jika perlu)
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Dokumen asal KKM (Discharge note/ sijil cuti sakit etc..)
  • Salinan penyata bank

Semak Status Kelayakan 

Sila semak kelayakan permohonan anda di sini :


https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Kaedah Pembayaran 

Jika anda lulus permohonan bantuan ini, bayaran akan dibaut secara EFT (Electronic Fund Transfer)  dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan

3 comments:

  1. I don't have a job. I'm very excited at the moment...

    ReplyDelete
  2. Mysalam x blh claim...layak ke sy dan ank2 yg berumur antara 20 - 21 utk mohon...ank umur 20 +ve..saya kuarantin dan yang lain kuarantin

    ReplyDelete