Apakah BPR Tambahan
BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini telah disampaikan dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).
Syarat Kelayakan BPR Tambahan
BPR Tambahan ini akan diberikan kepada penerima BPR 2021 yang berkelayakan.
Oleh yang demikian penerima yang telah dapat BPR sebelum ini AUTOMATIK akan dapat bantuan ini tanpa perlu buat permohonan baru.
Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500
- Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300
- Bujang : BPR Tambahan RM100
Tarikh Bayaran BPR Tambahan
Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 SECARA BERPERINGKAT mengikut bank masing-masing.
Ada yang masuk awal, ada yang masuk lambat. Sila semak di bank anda secara online dulu.
Cara Semak BPR Tambahan
Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021.
- Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
- Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan Semak
Kaedah bayaran
Pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan ke akaun bank yang telah didaftarkan atau secara tunai di kaunter BSN
Macam mana mahu masuk bantuan duit
ReplyDeleteMacam mana
ReplyDelete