Pembayaran pada bulan Mac sebelum ini, telah diawalkan kepada bulan Februari. Pada bulan Februari pula, pemohon menerima dua pembayaran iaitu pembayaran untuk bulan Februari dan Bulan Mac. Namun begitu, pembayaran di bulan Mac tidak ada disebabkan memberi ruang kepada permohonan baharu i-Sinar Tanpa Syarat.Sejak 1 April 2021 KWSP telah meneruskan pembayaran i-Sinar .
TARIK PEMBAYARAN I-SINAR MEI 2021
Pembayaran bulan Mei akan bermula pada tarikh 3 Mei 2021. Dan akan dibayar secara berperingkat mengikut batch/kumpulan masing-masing.
Menurut sumber dari KWSP melalui i-Akaun, pembayaran seterusnya akan bermula pada bulan Mei :
- Pembayaran bermula pada 3 Mei 2021
- Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut batch
- Ahli yang telah menerima pembayaran pada 1 April akan terima bayaran pada 3 Mei. Bagi yang telah terima pada 2 April akan terima bayaran pada 4 Mei. Dan akan ikut batch masing-masing berdasarkan tarikh pada bulan April.
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut
- Pembayaran ini hanya mereka yang memohon i-Sinar pada Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan status i-Sinar melalui i-Akaun.
Cara Semak Status i-Sinar Melalui i-Akaun
Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar di laman web i-sinar.kwsp.gov.my
No comments:
Post a Comment