Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 (Mulai 15-30 Jun 2021) - DETIK INFO

Breaking


Sunday 9 May 2021

Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 (Mulai 15-30 Jun 2021)

 



Bagi anda yang mendapat status Tidak Lulus / Gagal selepas membuat semakan BPR, sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR.

Untuk makluman, rayuan BPR hanya akan dibuka bermula 15 – 30 Jun 2021.

1. Cara membuat rayuan BPR Fasa 2 online

Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke portal MyBPR
  10. Klik butang Semakan Status
  11. Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
  12. Jika benar memang status tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya
  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  15. Kami sarankan anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang
  16. Jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula

 

2. Boleh buat rayuan di kaunter cawangan LHDN?

Sebelum ini, semasa proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.

Mereka hanya perlu isi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan menyertakan dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat rayuan
  • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan

Untuk rayuan BPR, masih belum dapat dipastikan samada dibenarkan untuk merayu di kaunter LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

No comments:

Post a Comment