Sekiranya anda telah tersilap ataupun terburu-buru membuat pilihan ketika mendaftar sebelum ini, masih ada solusi untuk membatalkan atau cancel pendaftaran tersebut.
Makluman semua, anda boleh menukar sebanyak 3 kali sepanjang tempoh program Jaringan Prihatin.
Cara Batalkan Jaringan Prihatin
- Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.
- Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
- Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.
Penukaran sebanyak MAKSIMUM 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.
Rujuk infografik di bawah:
Berikut adalah cara cancel Jaringan Prihatin
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembatalan program ini, sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.
Ble bleh dapat
ReplyDelete