Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP ~ RM300 Hingga RM1,000 Sebulan - DETIK INFO

Breaking


Monday 24 May 2021

Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP ~ RM300 Hingga RM1,000 Sebulan


 

Para asnaf di Wilayah Persekutuan yang menghadapi kesulitan pendapatan, mereka boleh memohon menerusi salah satu bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Bantuan Kewangan Bulanan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal Islam bagi Wilayah Persekutuan, antara bantuan yang disediakan kepada para asnaf yang layak ialah Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah untuk membantu para asnaf yang menghadapi masalah pendapatan dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.


Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan (Borang Bantuan)
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  7. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan 

Keluarga bercerai.

:Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia.:Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru.:Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya.:Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik.:Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT.:Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah.:Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis.:Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

 

Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP
 (senarai kaunter)


Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment