BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
Permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat akan dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.
Berikut kami kongsikan cara membuat permohonan baru serta kemaskini status permohonan.
JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut:
A. ISI RUMAH
PEMOHON
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
PASANGAN
- Warganegara Malaysia atau memiliki pengenalan Malaysia
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS
ANAK
- Hubungan mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS
B. BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun.
PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021
A. Permohonan Secara Online
Permohonan baru boleh dibuat secara online menerusi laman web https://bpr.hasil.gov.my/.
Permohonan hanya terbuka kepada pemohon yang tidak menerima bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
B. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma menerusi :
a. Portal Rasmi BPR LHDNM;
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Muat turun borang permohonan BPR 2021 di bawah :
- Borang Permohonan BPR 2021
- Borang Serahan Dokumen BPR 2021
- Borang Kemas Kini Maklumat Asas BPR 2021
- Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021
Setelah borang permohonan di lengkapkan, anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
KEMASKINI BPR 2021
Bagi penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat BPR 2021
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Bantuan Prihatin Rakyat, sila hubungi di talian :
i. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
ii. Aplikasi Mobile BPR;
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
iv. MoF: 03-8882 4565 /4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);
v. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
No comments:
Post a Comment