Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.
SEMAKAN BPR 2021 FASA 1 BAGI ISI RUMAH & BUJANG
Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.⠀
TARIKH BAYARAN BPR 2021 FASA 1
Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan dikreditkan bermula pada 24 Februari 2021.
JUMLAH BAYARAN FASA 1 BPR 2021
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun | RM150 |
CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR 2021 FASA 1
Untuk membuat semakan status bayaran BPR boleh dibuat melalui portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:
1. Untuk semakan status sila layari ke portal BPR LHDNM https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.
2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
3. Kemudian, tekan pada butang ‘Semak’.
4. Akan muncul ‘Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
5. Tekan ‘Ya’.
6. Masukkan ‘Kata Laluan/Password’.
7. Paparan ‘Selamat Datang’ akan muncul.
8. Klik pada Semakan Status (akan muncul status permohonan diterima/permohonan dalam proses/pembayaran telah dibuat).
Nota : Ada juga yang status permohonan diterima/dalam proses tapi bayaran telah masuk dalam akaun (Bank Simpanan Nasional BSN antara penerima paling awal. Bank lain akan menyusul secara berperingkat).
KAEDAH PEMBAYARAN FASA 1 BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat adalah seperti berikut:
i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 atau BPN 2.0 termasuk rayuan.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
Untuk keterangan lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat sila hubungi di talian :
Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2,
62592 Putrajaya
Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
Emel : bpr@treasury.gov.my
No comments:
Post a Comment