TEDUH : Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Bagi Golongan B40 - DETIK INFO

Breaking


Monday 8 February 2021

TEDUH : Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Bagi Golongan B40


 

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
Selain itu, TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.
“Saya berminat untuk membuat permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit yang disediakan melalui Portal TEDUH. Apakah syarat kelayakannya?”

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RUMAH PPR, MYHOME DAN RUMAH TRANSIT PORTAL TEDUH

Jika anda berminat dan ingin membuat permohonan,melalui Portal TEDUH, apa kata semak dahulu kelayakan disini mengikut kategori :

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.
Pemohon belum memiliki rumah.
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri.
Rumah Transit
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
Pemohon telah berkahwin.
Tidak mempunyai rumah sendiri dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
Bekerja dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
Mempunyai pedapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Tidak mempunyai rekod jenayah.

MyHOME

Warganegara Malaysia.
Berumur 21 tahun ke atas.
Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. isi rumah adalah kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah tidak layak.
Mempunyai pendapatan isi umah RM10,000 ke bawah.

SKIM SPP

Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
Berumur 21 hingga 70 tahun
Bekerja dan mempunyai pendapatan
Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

CARA PERMOHONAN

Anda boleh memohon secara online dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini :

SPRN
Masuk ke laman web SPRN terlebih dahulu.
Klik DAFTAR AKAUN seterusnya masukkan NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMEL. Klik DAFTAR.
Semak emel dan lihat link pautan untuk pengaktifan akaun anda.
Masukkan KATA LALUAN dan klikSIMPAN.
Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN anda.
Klik LOG MASUK.
Setelah anda selesai membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut :
Masuk ke sistem SPRN.
Kemudian klik PILIH SKIM.
Baca syarat dan klik YA untuk teruskan. Kemudian lengkapkan pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON, PENDAPATAN, TANGGUNGAN dan klik SIMPAN.
Klik PROJEK untuk memohon projek di negeri yang anda berminat.
Klik MOHON UNIT dan YA dan muat naik DOKUMEN SOKONGAN.
Klik PENGESAHAN untuk hantar permohonan anda. Klik SAH & HANTAR PERMOHONAN.
Klik KEMASKINI PERMOHONAN

 jika anda ingin mengemaskini permohonan anda.
Permohonan anda telah siap.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan mengenai permohonan Rumah PPR, MyHome dan Rumah Transit, sila hubungi :
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
Skim PPR 
03-88914052 : Selangor, Melaka, Johor & Negeri Sembilan.
03-88914278 : Kuala Lumpur, Sabah & Sarawak.
03-88914028 : Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang & Terengganu.
Skim Rumah Transit
Skim Rumah Transit : 03-88914290 / 4083 / 3977
Skim MyHome
Skim MyHome : 03-8891 4014 / 4016 / 4020 / 4062 / 4027 / 4054 / 4017 / 4010

    No comments:

    Post a Comment