[RASMI] : Permohonan i-sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bermula 08 Mac 2021 - DETIK INFO

Breaking


Friday 19 February 2021

[RASMI] : Permohonan i-sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bermula 08 Mac 2021

 




TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT I-SINAR

Pemansuhan syarat i-Sinar diperkenalkan adalah bertujuan :

  • Memberi kemudahan pengeluaran
  • Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada
  • Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021

JUMLAH PENGELUARAN 

KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum adalah kekal seperti berikut:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akaun dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000

PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT

Terkini, KWSP telah memaklumkan permohonan tanpa syarat adalah bermula 8 Mac 2021 ini. KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini pada 8 Mac.

Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar. 

Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Mulai 8 Mac 2021

SEMAKAN STATUS 

Bagi Ahli yang telah membuat permohonan sebelum ini dan permohonan masih dalam proses, anda boleh buat semakan semula status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Jangan risau, semua permohonan akan diluluskan. Ahli hanya perlu semak tarikh bayaran sahaja. 

Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Mulai 8 Mac 2021

CONTOH SITUASI

Bagi memberi penjelasan lanjut, berikut adalah contoh situasi ahli:

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-SInar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

No comments:

Post a Comment