Semua maklum bahawa permohonan baharu i-lestari adalah dari 01 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Justeru itu, ahli KWSP yang belum memohon pengeluaran ataupun berhasrat ingin membuat pengeluaran boleh la membuat permohonan baharu sebelum 31 Mac 2021.
Berikut kami kongsikan cara membuat permohonan baharu serta semakan status i-lestari.
PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
- Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
- Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500
CARA PERMOHONAN BARU i-LESTARI
Kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat permohonan baru i-Lestari secara atas talian:
- Layari laman web ilestari.kwsp
- Klik PERMOHONAN BAHARU
- Isikan Nama Penuh, No Mykad, No Telefon Bimbit, Alamat e-mel, Alamat dan Poskod
- Pilih jumlah amaun dimohon sebulan (RM)
- Pilih Bank dan Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
- Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
- Baca dan fahami perakuan pemohon dan tekan butang setuju
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang hantar
- Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar
Maklumat Tambahan
- Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar.
- Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Semakan status permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
- Layari laman Semakan Status i-Lestari.
- Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
- Klik SEMAK
- Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan
No comments:
Post a Comment