Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pada 18 Januari 2021 lalu kepada semua ahli KWSP yang memohon i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim i Sinar sehingga RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang diminta.
Bagi ahli yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim RM1,000 ini akan bermula dari 26 Januari 2021.
Bagi ahli yang masih belum memuat naik dokumen sokongan yang sah, pembayaran interim akan diproses dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
Objektif interim ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan dengan wabak CV19 & bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Selain itu, ianya untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas.
Syarat Kelayakan Interim i-Sinar
Syarat untuk ahli yang layak memohon kemudahan interim ini adalah seperti berikut :
- Pemohon i-Sinar kategori 2
- Ahli KWSP yang masih bekerja tetapi gaji pokok telah berkurangan sebanyak 30% ke atas.
- Ada baki minimum RM100 daripada jumlah yang dipohon.
Untuk permohonan iSinar kategori 2, sila lihat cara mudah di bawah :
- Sila layari https://isinar.kwsp.gov.my/
- Pilih Permohonan Baru.
- Isi kad pengenalan & No Tel anda.
- Anda akan menerima nombor 6 angka (OTP) melalui SMS di telefon anda.
- Masukkan OTP.
- Jawab soalan keselamatan (jika ada).
- Tetapkan jumlah amaun pilihan anda.
- Tetapkan amaun Bayaran Bulan Pertama.
- Isi dengan lengkap maklumat pemohon & maklumat pembayaran.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Klik Hantar.
- Permohonan anda akan diproses.
Maklumat & Info Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang soalan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan interim i-Sinar KWSP ini, sila lihat di info rasmi di sini: Klik Sini
No comments:
Post a Comment