BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021 - DETIK INFO

Breaking


Wednesday 20 January 2021

BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021

 


 

Seperti yang dimaklumkan, pembayaran untuk BPN 2.0 Fasa Kedua akan dilakukan kepada penerima bermula:

  • 21 Januari 2021

JUMLAH BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini, baki jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke akaun penerima ialah:

KATEGORIJUMLAHFASA 1FASA 2
ISI RUMAH B40RM1,000RM700RM300
BUJANG B40RM500RM350RM150
ISI RUMAH M40RM600RM400RM200
BUJANG M40RM300RM200RM100


KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

  • Dibuat secara terus ke akaun berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pembayaran secara tunai bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank.
  • Penerima BPN 2.0 di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran pada tarikh dan tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.
  • BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 20 FASA KEDUA 

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Klik pautan berikut: BPN HASIL
  • Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search disebelah.
  • Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
  • Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.


MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

  • Portal Rasmi LHDNM
  • HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

  • HASIL LIVE CHAT

No comments:

Post a Comment