Pembayaran pinjaman bank diberi kepada golongan B40 dan peniaga kecil yang terjejas secara automatik, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021, hari ini.
Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul turut menjelaskan golongan M40 dan T20 yang terjejas dan ia boleh dimohon kepada bank masing-masing.
Katanya, golongan M40 dan T20 boleh memohon kepada bank masing-masing untuk mendapatkan kemudahan itu, namun mengingatkan ‘prinsip di sini tanggungjawab dan keadilan’.
“Adakah adil mereka kaya dan lebih mampu untuk bayar hutang diberikan moratorium,” katanya lagi.
CARA MEMOHON LANJUTAN MORATORIUM
- Hubungi pihak bank yang terlibat.
- Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
- Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
- Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
- Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
- Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
- Maybank: 1-300-88-6688
- CIMB Bank: 03-62047788
- Bank Islam: 03-26900900
- Bank Rakyat: 1-300-80-5454
- Bank Muamalat: 1-300-88-8787
- Agro Bank: 1-300-88-2476
- AmBank: 03-21788888
- Affin Bank: 03-82302222
- Hong Leong Bank: 03-76268899
- Public Bank: 1-800-22-5555
- RHB Bank: 03-9206 8118
- HSBC Amanah: 1-300-88-2626
- MBSB Bank: 03-20963000
- Alliance Bank: 03-55169988
- OCBC Bank: 03-83149310
- Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
- SME Bank: 03-26037700
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888
No comments:
Post a Comment