Pakej Bantuan Covid-19 Sabah ~ Sabah We Care B40 - DETIK INFO

Breaking


Monday, 13 April 2020

Pakej Bantuan Covid-19 Sabah ~ Sabah We Care B40




Bantuan Khas We Care B40 khusus buat rakyat negeri Sabah kini dibuka bagi warga negeri Sabah dalam golongan B40 yang bekerja di Semenanjung Malaysia. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan B40 yang terjejas bagi mengurangkan beban mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal berakhir pada 28 April 2020.
Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia dengan jumlah bantuan sebanyak RM300 secara one-off.
Berikut adalah senarai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi:
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM4,360
  • Anak Sabah yang bekerja di Semananjung Malaysia
  • Golongan B40

CARA MEMOHON

Warga Sabah yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web wecare.sabah.
Buka laman web berikut dan lengkapkan maklumat permohonan seperti di bawah:
  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Akaun Bank
  • Pengesahan Maklumat
Setelah selesai lengkapkan borang permohonan, klik butang ‘‘Simpan dan Teruskan Permohonan”. Semakan status permohonan dan semakan pembayaran boleh dilakukan dari semasa ke semasa di laman web wecare.sabah.

No comments:

Post a Comment