Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021 – JPA Scholarship - DETIK INFO

Breaking


Tuesday 25 February 2020

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2020/2021 – JPA Scholarship


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi Tahun 2020 telah mula diiklankan pada 10 Februari 2020 yang lalu. Kami di Graduan Semasa akan sentiasa mengemaskini maklumat yang lebih lanjut setelah permohonan online tersebut dibuka.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan sangat dialu-alukan untuk memohon tajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) untuk Sesi Pengajian 2020 / 2021 bagi menjalani sisi pengajian di peringkat institu yang lebih tinggi [ Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) ] di dalam mahupun luar negara

Bagi anda yang ingin memohon tajaan ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  • Status kerakyatan adalah Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun pemohon memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus
  • Mempunyai CGPA minimum 3.75 / kelas pertama / setaraf dengannya;
  • Pemohon terlibat dengan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum mahupun aktiviti kemasyarakatan;
  • Pemohon yang berjaya menghasilkan hasil kerja kreatif dan inovatif juga diberikan keistimewaan;
  • Pemohon yang mahir lebih dari satu bahasa antarabangsa akan diberikan keutamaan;
  • Telah menempah tempat atau telah mendapat tawaran meneruskan pengajian sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di mana-mana universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia mengikut bidang yang dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran B2;
  • Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
Penerima tajaan BYDPA yang telah menghabiskan pengajian adalah diwajibkan pulang ke Malaysia untuk memberikan khidmat di negara ini untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. 
Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang berjaya untuk mendapatkan tajaan ini dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. 
Jika calon yang berjaya adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda sebelum ini, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. 
Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian tersebut

  • Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
  • Keterangan mengenai Program BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal eSILA JPA melalui pautan di bawah mulai tarikh iklan ini disiarkan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal tersebut mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020.
  • Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 06 Mac 2020 melalui serahan tangan atau pos ke:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)


HUBUNGI

Pertanyaan mengenai BYDPA Sesi Pengajian 2020/2021 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat penawaranldp@jpa.gov.my.

Info Lanjut dan Permohonan Sila Layari Laman JPA Disini

Mohon Sekarang!!

No comments:

Post a Comment